Khazanah Abu Zulfiqar

Himpunan Seluruh Tulisan, Gambar, Audio & Video Al-Faqir Abu Zulfiqar Al-Amsyari


    Puisi - Nikmat Kemunculan Pertama

    Share

    Admin
    Admin

    Posts : 63
    Join date : 2011-12-23
    Location : Perak Darul Ridzuan

    Puisi - Nikmat Kemunculan Pertama

    Post  Admin on Sat Dec 31, 2011 8:59 pm

    Alangkah besarnya erti satu kehadiran
    Satu kelahiran sebenarnya


    Selamat datang wahai hamba
    Selamat datang wahai khalifah
    Apa rasanya nikmat kecerahan?
    Apa pula rasanya
    jutaan demi jutaan
    nikmat di dalam kecerahan itu?


    Belum kaumampu
    memahami nikmat kegirangan hati kami
    Belum kaumampu
    memikirkan nikmat pandangan mata kami
    Belum kaumampu
    menghuraikan nikmat telapak tangan kami


    Kami sendiri
    mendapat nikmat yang paling besar
    iaitu keinsafan tentang nikmat itu sendiri
    yang telah kami lupakan
    hasil kemunculanmu kali pertama


    http://alexanderwathern.blogspot.com/2008/06/puisi-nikmat-kemunculan-pertama.html

      Current date/time is Sun Dec 17, 2017 2:52 pm