Khazanah Abu Zulfiqar

Himpunan Seluruh Tulisan, Gambar, Audio & Video Al-Faqir Abu Zulfiqar Al-Amsyari


    Makam Nabi Zakaria Ditemui?

    Share

    Admin
    Admin

    Posts : 63
    Join date : 2011-12-23
    Location : Perak Darul Ridzuan

    Makam Nabi Zakaria Ditemui?

    Post  Admin on Sun Jan 01, 2012 8:42 am

    Ahli arkeologi Israel mengumumkan pada hari Rabu lalu penemuan sisa-sisa sebuah gereja era Bizantium yang menurut agakan mereka menyimpan makam Nabi Zakaria yang ada di Alkitab.

    Gereja kuno itu hancur oleh gempa bumi sekitar 1,300 tahun yang lalu dan sebahagiannya terkubur sampai detektif dari Israel Antiquities Authority yang sedang mengejar gerombolan pencuri barang-barang kuno, melihat sebuah tiang pintu yang menyembul melalui bumi.

    Para perompak berjaya melepaskan diri - mereka tertangkap beberapa bulan kemudian di sekitar kawasan itu. Setelah minggu menggali, para arkeologi berjaya menemui sisa-sisa sebuah gereja. Sisa gereja seukuran gelanggang bola keranjang dan memiliki pilar marmar dan lantai bermozek dengan panjang 10 meter.

    Di bawahnya adalah lapisan kedua dari mozek yang berasal dari zaman Romawi, dengan adanya kompleks gua di bawahnya yang menurut para arkeologi boleh jadi makam Nabi Zakaria.

    Gereja ini ditemukan di lereng bukit Judea di Horbat Midras, lokasi komuniti Yahudi di zaman Romawi, barat daya Jerusalem.

    "Para peneliti percaya bahawa dalam analisis terhadap gereja ...gereja di Horbat Madras adalah gereja peringatan yang dirancang untuk menandai makam Nabi Zakaria," kata Israel Antiquities Authority.

    Di bawah altar gereja adalah sebuah ruang pemakaman yang Israel Antiquities Authority katakan mungkin makam nabi Zakharia, yang dikenal dari Alkitab, ditulis sekitar 520 SM.

    Dakwaan tersebut, yang sejumlah pakar sebutkan berdasarkan sumber-sumber Kristian dan diagram kuno dikenal sebagai Peta Madaba, belum terbukti dan masih sedang dikaji, kata mereka.

    Seorang nabi abad keenam akhir sebelum Kristus, Zakharia dikaitkan dengan kitab Perjanjian Lama yang mengacu pada empat penunggang kuda dan visi lainnya petanda kedatangan Tuhan dalam penghakiman.(fq/aby)

    http://satuumat.blogspot.com/2011/02/makam-nabi-zakaria-ditemui.html

    ULASAN

    Secara ringkasnya Nabi Zakaria (Zacharias) ialah salah seorang rasul dalam kalangan Bani Israil. Dia daripada keturunan Nabi Sulaiman (Solomon) bin Nabi Daud (David). Anaknya juga seorang rasul iaitu Nabi Yahya (John/ Yohanes). Melalui satu undian, Nabi Zakaria terpilih menjadi bapa angkat kepada Maryam (Mary), yang kemudiannya melahirkan Nabi Isa (Yoshua/Jesus) a.s.

    KISAH NABI ZAKARIA DALAM KITAB PERJANJIAN TERAKHIR (AL-QURAN)

    Saya mencari perihal Nabi Zakaria dalam Al-Quran dan menemui maklumat-maklumat di bawah:

    Surah Al-Anbiyaa’

    [89] Dan (ingatlah kisah) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.
    [90] Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anak iaitu Nabi) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. Sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk kepada Kami.

    Surah Maryam

    [1] Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad
    [2] (Inilah) Perihal limpahan rahmat Tuhanmu kepada hamba-Nya Zakaria.
    [3] (Ingatkanlah) Ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.
    [4] Ia merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.”
    [5] “Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.”
    [6] “Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”.
    [7] (Tuhan berkata):”Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang mengembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya”.
    [8] Nabi Zakaria bertanya: “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?”
    [9] Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya – janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; “Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun.”
    [10] Nabi Zakaria merayu lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah satu tanda bagiku (yang menunjukkan isteriku mengandung)”, Allah Taala berfirman: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat”.
    [11] Maka dia pun keluar mendapatkan kaumnya dari Mihrab (tempat beribadahnya), lalu ia memberi isyarat kepada mereka: “Hendaklah kamu bertasbih (mengerjakan ibadat kepada Allah) pagi dan petang”.
    [12] “Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.
    [13] dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa.
    [14] Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.
    [15] Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).

    Surah Al-An’am

    [85] Dan (dari keturunannya juga ialah Nabi-nabi): Zakaria, dan Yahya, dan Isa, dan Ilyas; semuanya dari orang-orang yang soleh.

    Surah Ali Imran

    [37] Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira”.
    [38] Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
    [39] Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): “Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh”.
    [40] Nabi Zakaria berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?”, Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya”.
    [41] Nabi Zakaria berkata lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)”. Allah berfirman: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi”.

    Secara ringkasnya, Nabi Zakaria sudah tua manakala isterinya pula seorang yang mandul. Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan agar dia dikurniakan seorang anak sebagai pewarisnya terutamanya dalam hal ehwal keagamaan. Tuhan makbulkan permintaannya.

    Nabi Zakaria meminta petanda daripada Tuhan yang menunjukkan dia bakal beroleh seorang anak lelaki. Petandanya ialah dia tidak dapat berkata-kata selama tiga hari walaupun dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan. Segala urusan hanyalah menggunakan isyarat. Ternyata perkara itu berlaku ke atas dirinya.

    Anda belum berjaya memperolehi anak walaupun sudah lama berusaha? Anda boleh amalkan doa Nabi Zakaria dalam Surah Al-Anbiya’ ayat ke 89 dan Surah Ali Imran ayat ke 38 tadi.

    Nabi Zakaria dipercayai hidup sekitar 100 SM hinggalah 50 M. Dia ialah seorang pendeta agama Yahudi berketurunan Nabi Harun. Dia berdakwah di sekitar Palestin.

    http://myalexanderwathern.blogspot.com/2011/02/makam-nabi-zakaria-ditemui.html

      Current date/time is Thu Oct 19, 2017 4:35 am